Surah Al-Muddaththir
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu? (27) Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkannya (binasa terus) (28) Ia terus-menerus membakar kulit manusia! (29) Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). (30) Dan
(ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal
Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah
sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami)
dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan
satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang
kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani)
boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya
orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang
yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu
(tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang
(munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang
kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan
bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah
sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka
itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. / (31)
Surah Al-Muzzammil
ReplyDeleteSesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (20)